SUNGAI SIPUT: Lapan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram hingga mengakibatkan kecederaan seorang individu lain, Isnin lalu.
Tiga daripada mereka iaitu K Lengeswaran, S Thinakaren dan M Akkaskumar mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM2,000, atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda.
Sementara itu, lima lagi mengaku tidak bersalah iaitu S Guna Segaran, K Logen, A Ignisrao, M Nagaraj dan R Naresh.
Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.
Mengikut kertas pertuduhan, kelapan-lapan mereka dituduh secara bersama menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun di mana semasa perhimpunan itu semua ahli atau lebih daripada seorang ahli memukul dan mendatangkan kecederaan pada tubuh mangsa.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi tokong kecil bersebelahan jalan utama Taman Tun Sambanthan, di sini, antara jam 9.30 dan 11.15 malam, 11 Mac lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun yang sama iaitu boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan lima tertuduh yang mengaku tidak bersalah, masing-masing dijamin RM2,500 dengan seorang penjamin .
Mahkamah turut menetapkan 15 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes, termasuk untuk lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R S Vitthiyeswary manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Mar 15 2024
Polis mengiringi lapan lelaki yang didakwa menyertai perhimpunan haram dan mengakibatkan kecederaan pada 11 Mac lalu, di Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini. - Foto Astro AWANI
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lapan lelaki didakwa sertai perhimpunan haram, sebabkan kecederaan
Mereka dituduh secara bersama menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki.
Perhimpunan guna sentimen patriotisme palsu boleh cetus ideologi tidak sihat - Ahli akademik
Hari Malaysia sewajarnya diraikan dengan penuh semangat perpaduan serta kebersamaan, bukannya dicemari dengan perhimpunan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.
Isu doktor kontrak: KKM beri peringatan tidak sertai himpunan haram
Peringatan itu dimuat naik Unit Integriti KKM melalui laman Facebook rasmi kementerian berkenaan pada Sabtu.
Isu doktor kontrak: KKM beri peringatan untuk tidak sertai perhimpunan haram
Sekiranya didapati bersalah, pegawai yang terlibat boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras peraturan-peraturan pegawai awam.
Dua Adun DAP Kedah dipanggil polis, bantu siasatan perhimpunan haram
Adun Derga, Tan Kok Yew dan Adun Kota Darul Aman, Teh Swee Leong dipanggil bagi membantu siasatan.
Jangan sertai perhimpunan bantah pelantikan Perdana Menteri - Polis
Perhimpunan haramlah sebab dia buat secara tiba-tiba, tidak minta notis dan ikut prosedur, saya nasihatkan jangan masyarakat sertai perhimpunan ini.
Polis tahan dua individu terlibat perhimpunan haram di Little India, Brickfields
Penahanan itu dibuat selepas didapati ia menyalahi undang-undang Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Bintang politik dari Thailand digantung sementara sebagai MP
Mahkamah Perlembagaan pada Khamis memutuskan 8-1 penggantungan sementara status MP terhadap Thanathorn.
Tiada permit dikeluarkan anjur perhimpunan - Muhyiddin
Tiada permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia, Sabtu lepas.
Himpunan haram bantah Lynas: Wong Tack, 14 yang lain didenda
Hakim membuat keputusan itu hari ini, selepas berpuas hati pembelaan semua tertuduh yang diberikan secara bersumpah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan dihadapi mereka.